Saat bahagia bergelar Raja Sehari...

Sunday, March 29, 2009

Tangani Kes Buli Di Sekolah

Baru-baru ini , kecoh di media massa samada televisyen ataupun suratkhabar tentang kes buli di sekolah. Kebanyakan kes buli di sekolah banyak berlaku di peringkat sekolah yang berasrama. kes buli ini sebenarnya memang telah lama berlaku, mungkin sejak akhir-akhir ini kurasakan kes ini agak melampaui batas sehingga menyebabkan kematian. beberapa persoalan mungkin timbul, apakah sekarang selamat jika kita menghantar anak kita sekolah berasrama penuh??

Bagiku, pengalaman di bangku sekolah dahulu, samada asrama pusat dan asrama penuh cukup memberikanku pengalaman apakah itu kes buli.. Pengalaman itu cukup memberikan kesan. Sebenarnya hasil kajian yang aku telah lalui sendiri, pelajar senior yang tidak membuli biasanya adalah orang yang berjaya di dalam hidupnya...dan pelajar yang suka membuli adalah sebaliknya. Pada pendapatku, setiap pihak harus memainkan peranan untuk mengelakkan kes ini berlaku secara berleluasa. hasil dapatan ku juga pelajar yang diasingkan penempatan asrama mengikut peringkat umur juga dapat mengurangkan kes buli di sekolah. ( contoh seperti pengasingan antara pelajar tingkatan 4 dan 5). Pihak warden dan sekolah juga haruslah banyak memainkan peranan membuat program yang melibatkan program bersama seperti Maulidur Rasul, gotong royong , back to fitrah dan sentiasa mengingatkan para pelajar tentang tanggungjawab mereka tentang mengejar cita-cita dan masa depan.
Satu lagi penuhkan aktiviti pelajar di asrama dengan kegiatan yang berfaedah sehingga mereka tiada masa untuk membuli rakan junior seperti menubuhkan kelab2 dan aktiviti-aktiviti di masa lapang mereka. kreativiti warden dan guru adalah penting untuk bagaimana mewujudkan semangat muhibbah antara para pelajar. kita tidak mahu, segala harapan yang diletakkan oleh ibu bapa akhirnya dimusnahkan begitu sahaja. bayangkan bagaimana punahnya harapan ibubapa jika anak mereka menjadi mangsa buli sehingga menyebabkan kematian yang baru-baru ini berlaku di sebuah sekolah agama pada pelajar tingkatan 4.......

8 comments:

  1. orang yang suka bui ni antor je kat pulau.....baru padan muka dia...

    ReplyDelete
  2. silap taip ler bui tu tukar buli ek

    ReplyDelete
  3. he he.. he... Betul tu.. Mcm dia tu bukan manusia....X de perasaan langsung..
    Lagi satu... Lagi Hensem apai nie erk masa sekolah dulu... Kurus jerk...He he he.. kalau sekarang mcm nie kurus kan bagus......

    ReplyDelete
  4. Fai..sbenarnya dalam disertation master aku dulu...aku buat kajian buadaya samseng atau kongsi gelap kat sekolah. Walaupun tidak semua kes tetapi sebahagiannya ada kaitan ngan kongsi gelap. Sebenarnya budak2 sekolah ni ada yang sampai jadi ketua kongsi gelap sayap pelajar. Ini mmg realiti cuma sekolah banyak tutup isu ni..budaya pengrusan sekolah yang begini dikenali sebagai 'Ostrich Syndrome'.

    ReplyDelete
  5. ooo .. yeker. teringat aku masa di asrama pusat tanjung datuk kat pengerang dulu.. budaya kongsi gelap dah jadi amalan biasa kat sana. sehingga mereka sanggup mengancam guru... mudah2an anak2 kia dijauhkan dari budaya samseng dan tak bermoral nih

    ReplyDelete
  6. ooo yeker... hehehehhe... emmm camne nak kurus cam dulu ekk heheheheh

    ReplyDelete
  7. tu lah... dah cakap.. jgn tambah kalau makan tu... ha, lagi satu jgn tido lepas makan... tu yang badan naik...laagii satu... bini dia pun satu, bila laki tido.. comfom bini dia teruja nak tido gak... tuh yg sesama naik!....wah..kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  8. Kes Buli?Aku rasa la kan apai,zmn abg2 kite dulu pun lg dahsyat kalo stakat belasah2 nie biasa le..cuma zmn2 skrg nie kalo bgaduh tue melampau2 sgt smpai bawak kpd kes kematian.Ada tue,baru kena pukul sket je terus lembik..dulu2 tue,kena tibai kaw2 masih lg leh bertahan..adakah jenis manusia akhir zaman nie makin lembik?

    Ape pun sebenarnye,bermula pendidikan dari rumah jgk.Kita lihat sendiri apa yg berlaku kpd masyarakat kita sekarang?Pantang ditegur sikit xboleh terima,walhal baik utk mereka.Mungkin mereka xfikir kelak satu hari nanti akan berbalik kepada diri mereka sendiri pada masa akan datang bile mereka ada keluarga sendiri.

    Dan xleh jgk persalahkan kepada keluarga mereka jgk,itupun kalo keluarga yg jenis prihatin kpd anak2 mereka.Kadang2 ada famliy yg ok tp individu itu sendiri yg xnak berubah dgn sendirinya.Tidak mustahil jgk krn pengaruh rakan sebaya,media semasa & persekitarannya.

    Sampai bila perkara ini akan terus berlarutan?

    ReplyDelete