Saat bahagia bergelar Raja Sehari...

Tuesday, March 24, 2009

Kejayaan silam dan kaitan motivasi dalam kehidupan

Menurut Logam Pearsall :

" ada dua perkara yang ingin dicapai dalam hidup,
pertama: mendapatkan apa yang kita inginkan
dan kedua menikmatinya.
Bagaimanapun hanya orang yang bijak ,
yang berjaya mencapai tujuan kedua"

Bagiku, untuk menghuraikan bidalan ini, ia berkaitrapat dengan kata-kata motivasi seperti.. jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini... untuk menikmati kejayaan dan kemashuran adalah hasil apa yang kita telah lakukan pada masa yang lepas. ia ibarat seperti kita menanam pokok buah-buahan, memang pada hari ini kita tidak mungkin akan dapat menikmati hasil buah-buahan tersebut, tetapi hasilnya kita akan perolehi pada masa akan datang apabila pokok tersebut cukup besar dan matang untuk mengeluarkan hasil.

Oleh yang demikian, segala hasil usaha dan cabaran kita pada masa akan datang sebenarnya adalah apa yang kita telah lakukan pada masa sekarang. amat penting untuk kita sentiasa mengatur langkah dan mengamalkan dalam diri " buat sehabis baik". buat adik-adikku dan anak-anakku angah dan papa nak berpesan persiapkankanlah diri kita pada hari ini jika kita hendak meraih kejayaan pada masa akan datang. Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak mengusahakannya. kita kena sentiasa berfikiran jauh dan mempunyai wawasan yang jauh, jangan terlalu memandang pada hari ini, tapi fikirkanlah kejayaan yang kita ingin kecapi pada masa akan datang kita. Jadilah anak yang berguna yang dapat memberi sumbangan pada orang tua khususnya ibubapa kita.... perlengkapkanlah ilmu di dada, kerana ganjaran akan menyusul kemudian jika kita mempunyai ilmu yang penuh di dada....

2 comments:

  1. Mudah2an hasrat papa & angah dimakbulkan Allah supaya melihat orang yang disayangi itu mengecapi manisnya kehidupan diiringi kejayaan..... Amin....

    ReplyDelete