Saat bahagia bergelar Raja Sehari...

Friday, March 20, 2009

Epilog kisah hidupku.....

Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan...

anyway i love this song !! Lagu ini mengingatkan aku kepada zaman silam kanak-kanakku.. setiap kali berkumandang lagu ini pasti aku tersentuh. memang seronok waktu itu, walaupun aku tahu ia takkan mungkin dapat berputar semula ke zaman itu , tetapi sekurang2nya setiap memori yang telah terpalit membuatkan aku terimbau-imbau semula. memang zaman kanak2 ku penuh suka dan duka, seribu satu cerita pahit dan manis.....terima kasih kepada arwah abah dan emak yang bersusah payah membesarkanku sehingga aku berjaya pada hari ini, jasa kalian sememangnya aku takkan boleh lupakan...walaupun ku tahu, kadangkala kenakalan kanak-kanakku memeningkan kepala kalian tetapi jujur ku katakan aku sangat menyayangi kalian... kaulah idolaku yang tiada tertanding sepanjang hidupku...Kepada arwah abah, ku doakan agar Allah merahmati roh abah, semoga Allah menempatkan roh arwah abah bersama golongan orang2 yang beriman. sememangnya aku sangat rindukan abah...Insya allah segala nasihat abah sepanjang mendidikku akan ku pegang dan jadikan panduan untuk aku mengharungi liku-liku kehidupan ini yang penuh dengan pancaroba... ketika ku menyiapkan blog nie, ku tak sedar pipiku telah dibasahi dengan linangan airmata kerinduan ku kepadamu... kepada emak, aku berjanji untuk menjagamu sebaik mungkin, ingin sekali aku mengucup dahimu sepuas2 mungkin. Emak bagiku adalah ibu dan rakan yang terbaik bagiku. Emakku juga sangat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anaknya. terima kasih emak, baru ku sedar kenapa emak terlalu mengambil berat terhadap pancapaian akademikku. kejayaan aku pada hari ini, disebabkan oleh penat jerih emak yang sentiasa mendidik dan menasihatiku ......

semasa kecilku, aku begitu rapat dengan kakak ku, kemana sahaja aku berada pasti kakakku sentiasa mengekoriku. nak tau kenapa? hehehhehe , sowy ehh kak long, sebab dia tak banyak kawan seperti aku. hahahaha. aku ingat lagi, semasa kecikku, hari yang paling best adalah ketika menyambut syawal. pasti, selepas sembahyang raya aku akan terus mencapai basikalku dan akan beraya bersama kawan2ku kakakku ( kawan aku adalah kawan kakakku juga ). selagi belum maghrib, selagi itulah aku akan nekad beraya. masa nielah, peluang aku untuk bermaaf-maafan dan agenda utama untuk mengumpul duit..hehehe. Kadang-kadang sampai raya ke empat pun aku masih beraya.....tetapi bagiku kakakku juga adalah ikon yang terbaik dalam hidupku, kerana dengannya aku belajar tentang ilmu keyakinan diri... hasilnya?? aku sentiasa mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan, pantun, bercerita, tahfiz al-quran dan lain-lain. aku juga terlibat secara langsung dalam kepimpinan dan aku sentiasa dilantik menjadi ketua dalam suatu komuniti yang aku sertai seperti ketua pengawas, ketua kelas, ketua asrama dan lain-lain.

sememangnya untuk bercerita nukilan pahit manis kehidupan zaman kanak-kanakku dalam blog nie, pasti 10-20 page takkan habis... apa yang pasti, aku takkan lupakan zaman ku ini. biarlah ia hanya menjadi sejarah dalam kehidupanku dan aku akan ingatinya sehingga akhir hayatku........

8 comments:

  1. Terharunya kak long baca blog yu....seronokkan zaman kanak2, kita tangkap ikan kat parit, main panjat2 pokok gajus depan rumah...raya ramai2 (semua kawan kak long lelaki)...pas tu balik sure along kena marah ngn abah dlu sebab main combat2 dalam semak....sedihnya kalau teringat zmn tu...ABAH i miss u so much...... Kita selalu bersaing kalau masuk pertandingan, masing2 nak menang.

    ReplyDelete
  2. a'ah.. yu pun rindu sangat zaman kanak-kanak dulu... memang betul2 kenangan TERINDAH. lagi satu, kalo petang2 waktu cuti, kita selalu panjat bukit kat depan umah.. pastu tengok umah kita dari atas huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. yea lah...zaman kanak2 lah yang terindah... yang hanya difikiran kita adalah "main..happy...nak.."

    ReplyDelete
  4. apa lagi anak bongsu ekk yang hehehehhe

    ReplyDelete
  5. seronoknya....kita masak maggie atas bukitkan.....

    ReplyDelete
  6. a'ahh.. aku takleh lupa ko merajuk sebab maggi kitorang abiskan .... yu,as dan ejai hhuhuhuh

    ReplyDelete
  7. Pastu kita amik2 gambar.....tapi along paling seronok tangkap ikan kat parit.....habis balik lencun, pastu kena marah ngn abah n mak..hehehehe.. Bestnya zaman tu....

    ReplyDelete
  8. ikan yang paling glamer masa tuh nama dia ikan titik ngan ikan sepat laga.. hengat lagi tak ikan tuh....

    ReplyDelete