Sunday, April 5, 2009
PROGRAM "JOM MASUK U "
Pada 4 - 5 April 2009 lepas, aku telah melaksanakan tanggungjawabku sebagai pegawai pameran jom masuk U di Plaza Angsana , Johor Bahru. Selama 2 hari 2 malam aku berkampung di sana ( menginap di M-Suites Hotel ) , perasaan bangga kerana aku berjaya telah berjaya sekurang-kurangnya menyampaikan maklumat tentang peluang kemasukan, kepentingan menuntut ilmu di kalangan rakyat khususnya anak bangsa. Program ini dirasmi penutup oleh Menteri Pendidikan iaitu Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Penyertaan terdiri dari 50 buah universiti IPTA dan IPTS di seluruh negara. Kehadiran peserta adalah dalam sekitar melebihi 5000 ORANG !!!. Memang agak penat dan tak cukup mulut, kaki dan tangan tetapi puas kerana dapat berkhidmat dengan masyarakat. Untuk pengetahuan program karnival pegajian tinggi sudah berlangsung di zon 1 hingga zon 8 yang dibahagikan kepada peringkat negeri, dan johor adalah zon yang terakhir. Terima kasih kepada semua rakan2 yang bekerjasama dalam program ini, khususnya dari pihak JPPKK (Jab Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti), HHP politeknik Johor Bahru ( Haji Aziz & gang)..rakan seperjuangan Anuwar, Fikri dan Hafiz.......juga kepada keluarga (mama, afiq & Azim) yang berkorban untuk tidak berhujung minggu kerana atas kepentingan tugas.. nanti ada masa kita gi holiday huhuhuhuh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
same2... moga Allah jua membalas pengorbanan papa utk anak bangsa, dan pengorbanan kami ditinggalkan...Tahniah kerana dapat bekerja dengan cemerlang dan dedekasi.. Tak semua pensyarah sanggup berkorban masa hujung minggu sepertimu....
ReplyDeletehensem juga ko dalam gambar ek...hehehehehe
ReplyDeleteutk as: terima kasih..pengorbanan as abang sangat sanjungi.Terima kasih juga menjaga kaletah anak semasa abang tiada. mama memang isteri dan ibu yang terbaik.
ReplyDeleteutk along: hehehhe aku memang hensem lagi dulu kik kik kik
hek.. hek.. hek.. ada lak yang angkat bakul sendiri... em, laki siapa lah yang hensem tue eks?...
ReplyDeleteoklah bagi can...tapi akak dia lagi lawa tau...sapa ek akak dia
ReplyDeleteheheheh.. yeker, camne as???
ReplyDelete