Tuesday, March 3, 2009
Kenangan Travel ke Penang
kenangan bersama keluarga dan ibu tersayang
Pada bulan ogos 2008 merupakan detik yang bersejarah bagiku kerana berjaya membawa isteri dan anak2 especially ibuku serta iki yang pertama kali dapat menaiki kapal terbang. ekspedisi ke penang ini kira agak unik kerana kami travel ke sana dengan pelbagai kenderaan walaupun dalam masa sehari sahaja dari johor...
Dari johor, kami menaiki bas ekspress dari pusat bandar pasir gudang ke larkin, kemudian dari larkin kami menaiki bas ekspress kedua hingga ke Butterworth.... Perjalanan ini bermula jam 10.00 mlm dan sampai pada jam 07.00 pagi. Sesampai sahaja kami kesana, kami terus bersiap2 mandi memperkemaskan diri supaya kelihatan segak dan handsome bersama orang tersayang... Pada jam 9.00 pagi selepas bersarapan, kami teruskan ekspidisi kami ke Jeti Butterworh untuk menuju ke Penang. Kami sekeluarga amat seronok kerana buat kali pertama anak-anak, adik dan ibuku menaiki feri Penang... Aku bersyukur kerana dapat membawa mereka kesini setelah beberapa lama mereka hajatkan... Alhamdulillah.. Raut wajah mereka amat gembira kerana dapat berjalan2 ke Pulau Pinang. Kami menaiki Feri yang bernama Pulau Rawa menuju ke pulau. Diatas nie adalah gambar kenangan kami diatas feri Pulau Rawa itu...
Setelah sampai diPulau itu... Bas Rapid Penang menanti ketibaan kami... Kami meniki bas itu menuju keBukit Bendera. Tapi, sesampainya kami di Bukit Bendera, malang menimpa kerana Bukit Bendera ditutup kerana sedang renovation... Sedihnya hati kami hanya Tuhan sahaja yang tahu..anak2 dah menarik muka kerana tidak dapat naik KERETAPI bukit.. satu jenis kenderaan terlepas untuk dinaiki... Apalagi, kami tidak membuang masa terus menaiki Teksi yang sedia menunggu kami menuju ke Kebun Bunga... Di sini kami lepak2 sementara melihat pemandangan diPulau Pinang.. Kemudian kami menaiki teksi lagi menuju ke Komtar Penang untuk membeli buah tangan buat keluarga yang ditinggalkan di Johor.. Baju,kasut,beg roda, jeruk dll dibeli untuk dibawa pulang... selepas itu, kami makan tengahari dan sebelah petang kami menaiki sekali lagi bas Rapid Penang dengan tambang RM2 seorang menuju ke Airport Bayan Lepas.. Bayangkan kalau naik Teksi dia minta RM30 untuk 1 teksi...So, jam 5.00 petang kami sampai di Airport jumpa pulak dengan pelakon Azmeer kat sana... Then, kami gi makan malam sementara menunggu Flight kami sampai.. Kapal terbang berlepas jam 9.00 mlm... so, kami tak sabar2 nak naik kapal terbang... Bertapa bangganya adik, ibu dan anak2ku dapat naik kapal terbang bersama.... kami sampai di Senai jam10.00 mlm dan waktu itu Ejai dan Iwan menjemput ketibaan kami ... Syukur Alhamdulillah... perjalanan kami sampai dengan selamat..... InsyaAllah.. ada rezeki akan kami aturkan lagi trip perjalanan yang menarik seperti ini lagi.. Mudah2an.. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu jeles gak sebab x pernah nek kapal terbang....sekarang dah tak jeles dah...hehehehe. tapi nape tak beli jeruk banyak2 bg along aritu....
ReplyDeletehehehe.. rasanye cam banyak jek beli jerok ...
ReplyDelete